Thursday, September 15, 2011

Di Rumah `Bob Lokman'


Sabtu. 10 September. Sekitar tengahari, abang Bob Lokman menalifon saya. Teruja juga saya apabila frasa `abang Bob Lokman’ tertera di skrin hp Nokia C3 saya tu.

Saya dah biasa memanggilnya `abang Bob’, sejak di Ma’ahad Hamidiah, Kajang lagi. Waktu itu, abang Bob adalah senior saya di sekolah agama itu.

Ikuti kisah lanjut di blog:

ustazsham.com




Suami Terlanjur

“Nak tanya ustaz. Kalau suami dah terlanjur dengan seorang perempuan, apa harus saya buat? Suami memang nak menikahi perempuan tu, tapi perempuan tu kafir dan suami tak mampu.”

(Demikian, soalan yang dikemukan oleh seorang wanita kepada saya. Sila ikuti respon yang saya berikan untuk perkongsian maklumat. Jemput ke http://ustazsham.com/ )

Thursday, September 01, 2011

Come Back

Di antara makna 'eidil fitri' juga adalah kembali kepada 'rupa' asal kita dijadikan oleh Allah. Jika asal kejadian kita seorang hamba kepada Allah, maka kembalilah kepada Allah sebagai hamba. Jika rupa asal kita 'lelaki', maka kembalilah kita kepada ke'lelaki'an kita. Jika asal kejadian kita adalah wanita, maka kembalilah kepada ke'wanita'an kita. Tinggalkanlah hawa nafsu (yakni; perasaan ingin jadi lain dari apa yg kita diciptakan oleh Allah). Sebaliknya, kembalilah kepada apa yg sebenarnya kita dijadikan oleh Allah (fitrah) . . .

Tuesday, August 30, 2011

Mata kail tersangkut dilidah sendiri

Nampaknya, strategi memerangkap Mohd Sabu didalam isu pejuang kemerdekaan tanah air telah menjadi kesilapan. Memperbesar dan membangkitkan isu ini, seperti telah membuka semula ruang perbincangan yg lebih luas ruang untuk menilai semula siapakah pejuang sebenar kemerdekaan tanah air. Malah, nampaknya kedudukan parti UMNO yg selama ini telah disifatkan sebagai pejuang kemerdekaan, telah dibuka untuk dinilai semula. Nampak juga seperti 'pencalonan' kepada penentuan pejuang sebenar kemerdekaan tanah air dibuka semula. Sebagaimana biasa, media 'pak turut' akan mencanangkan calon mereka yang semakin lemah. Namun, media bebas; yg menjadi rujukan utama generasi baru akan turut memainkan peranan didalam menggali semula perigi sejarah yg telah terantai selama ini. Mungkinkah ia ibarat, "mata kail yg tercangkuk dilidah sendiri."

Monday, August 29, 2011

MOGA JUMPA LAGI

Bagi sesiapa yg terlalai menyapa Ramadhan kali ini, masih belum terlambat. Ramadhan, sedang bersiap-si ap hendak pergi. Masih ada kesempatan untuk menyapanya, walau banyak masa telah terlepas. Walau kerugian, sudah amat besar. Di saat, Ramadhan sedang bersiap-siap ini, dia masih sempat nak mendengar rayuan kita. Mendengar, betapa sesalnya kita. Tidak menoleh kepadanya sepanjang kunjungannya kali ini. Mohon Ramadhan sampaikan doa pada Allah, agar menerima rasa sesal ini. Ya Allah, aki teruji dengan kelekaan kali ini. Tak banyak ibadahku. Tak banyak solatku. Tak banyak sedekahku. Sedangkan, telah banyak Engkau melimpahkan nikmat ke atasku. Ya Allah, aku bermohon kesempatan yg lain. Aku berjanji untuk merindui Ramadhan. Benarkanlah aku menyertai rindu itu. Aku berjanji untuk Ramadhan yg akan datang. Tak akan ku ulangi. Ya Allah, jadikanlah baki Ramadhan yg sedikit ini, kelebihan besar bagiku. Jadikanlah Ramadhan yg sedikit ini, bekalan 'besar' bagiku untuk mengharungi tahun mendatang. Izinkanlah. Jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk meningkat kehambaan. Jadikanlah ia motivasi bagiku untuk men'qaha' segala yg telah aku terlepaskan. Ya Allah, dapatkah air mata yg sedang menitis di lubuk hati ini mengundang kasihMu. Ya Allah, jodohkan aku dengan RamadhanMu yg akan datang...

Friday, July 29, 2011

USTAZ ZAMRI TV9

Saya nak ucapkan tahniah kepada Ustaz Zamri TV9. Tak ramai ustaz macam dia. Gunakan pengaruh yang ada untuk membela `kebenaran'. Saya percaya, ramai yang akan terbantu berfikir oleh dakwah bil hal Ustaz Zamri itu. Ramai yang tak berani berkata benar. Hanya sedikit sahaja yang berani berkata benar. Lebih sedikit, yang berani meng`amal'kannya. Saya teringat kata-kata Ustaz Zamri semasa sama-sama menjadi panel forum di masjid Batangkali; "Saya yakin dengan rezqi Allah."

Tuesday, March 22, 2011

JANJIKU PADA MARLIA

CATATAN KENANGAN/ SEBUAH KISAH BENAR:-

Suatu ketika dahulu, saya dihubungi oleh seorang wanita yang mahu mendaftarkan adiknya ke dalam program saya. Dia mengatakan bahawa adiknya itu tidak bertudung kepala. Lalu saya menjawab: “Yang tak bertudung kepalalah, yang lebih perlu untuk saya menerimanya”.

Lalu dia berkata: “Tapi, ada masalah lain lagi ustaz”, katanya. Masalah lain? Saya tertanya-tanya di dalam hati. “Masalah bagaimana tu puan?” saya mengemukakan soalan.

Sukar juga untuk dia mengatakannya. Beberapa kali dia tersangkut-sangkut;” Dia…Dia…Dia…”.“Tak apa puan. Beritahu sahaja”, saya membantu melancarkan tutur katanya.

Akhirnya dia berkata: “Adik saya ni, `tom boy’ ustaz!”.

Terkelu juga lidah saya mendengarnya kerana tak pernah dihadapkan dengan persoalan begini. Tetapi kemudiannya, fikiran saya menjadi tenang semula. “Tak apa puan. Saya akan terima.
Cuma janganlah berpakaian menjolok mata”, tambah saya.

"Memanglah. Kan dia berpakaian seperti lelaki! Jadi tak adalah menjolok mata”, dia menjawab dan saya bersetuju dengannya.

Pada hari yang berkenaan, saya dan peserta-peserta program, sampai ke lokasi program, iaitulah di sebuah kampong latihan yang dikenali sebagai DUSUN ECHO RESORT. Ketika semua peserta berada di dalam dewan untuk mendengar taklimat program dari saya, peserta `istimewa’ saya itu hanya duduk di tangga dewan. Tidak mahu masuk.

Puas isteri saya memujuk, namun dia tak mahu masuk juga. Rakan-rakan yang lain juga cuba memujuk, tapi hasilnya tetap sama. Saya rasa saya tahu apa yang ada di dalam fikirannya!

Dia takut, dia akan menjadi bahan leteran saya setiap kali sessi ceramah. Dia mungkin menyangka bahawa saya melihatnya dengan pandangan benci. Sebagai seorang ustaz, berjubah, isteri bertudung labuh dan sebagainya; tentu saya akan menyerangnya di dalam ceramah dengan kata-kata saya.

Akhirnya, saya sendiri pergi kepadanya lantas bertanya: “Siapa nama?”

"Marlia…(Bukan nama sebenar)”, jawabnya.

"Marlia tahu apa nama program ustaz ni?” tanya saya pula.

"Tahu…” katanya.

"Cuba Marlia sebutkan…” kata saya pula.

Projek Kaseh…” jawabnya ringkas.

"Marlia tahu, kenapa ustaz namakan program ni, `Projek Kaseh’?” tanya saya lagi.

“Tak tahu, ustaz” jawabnya pula.

Saya terus berkata: “Marlia tengok di sana…”, sambil saya menunjuk ke dalam dewan.

"Semua peserta-peserta yang ada di dalam dewan tu, walaupun dua orang daripada mereka adalah anak ustaz sendiri, tetapi semuanya ustaz pandang macam anak ustaz sendiri. Marlia kena tahu, asas program ustaz ni adalah kasih sayang. Tiada kebencian, di dalam program dan juga di dalam diri ustaz. Marlia juga perlu tahu bahawa ustaz tidak akan membeza-bezakan mereka yang datang ke dalam program ustaz. Marlia masuklah ke dewan sekarang. Percayalah kepada ustaz. Nanti, Marlia tentu akan seronok berada di sini.”

"Ya lah, ustaz,” Marlia akhirnya menjawab. Ada sedikit perubahan pada air mukanya.

Selepas beberapa jam mengikuti program, Marlia kelihatan menjadi lebih ramah dan mesra. Di situ saya menyedari bahawa dia sebenarnya adalah seorang budak yang baik.

"Ustaz dah minum?” tanya Marlia kepada saya di dewan makan Dusun Echo Resort yang terletak di kilometer 5.8 lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak.

"Belum lagi. Marlia sudah?” tanya saya pula.

“Sudah, ustaz”, katanya pula.

“Sedap?”, tanya saya lagi.

“Sedap”, Jawabnya pula.

Begitulah seterusnya selama tiga hari dua malam, Marlia mengikuti program dengan baik. Mendengar ceramah, berzikir, menonton VCD berbimbingan, menyempurnakan aktiviti berkumpulan dan sebagainya.Selepas majlis penutup pada petang di mana kami semua akan bertolak pulang, Marlia berjalan ke Dewan makan mengiringi saya. Dia berkata: “Ustaz boleh tolong saya, ke?” tanyanya.

“Insya Allah, jika ia perkara yang saya mampu lakukan. Pertolongan bagaimana?” tanya saya pula.

“Boleh ustaz pujuk kakak saya, untuk hantar saya balik kampong? Kalau boleh malam ni juga!” Marlia menjelaskan.“Oh…begitu. Tentu boleh. Cuma, terpulanglah kepada kakak Marlia untuk bersetuju atau tidak. Kampung Marlia di mana?” tanya saya kembali.

“Melaka, ustaz”, jawabnya ringkas.

“Jauh tu! Tak sempat malam ni. Pagi esok baru boleh kot?” saya memberi pandangan.

“Tak apalah. Pagi esok pun tak pa. Tapi, jangan lewat daripada itu”, kata Marlia pula.

Saya bersyukur kerana Marlia bersetuju. Susah juga saya rasanya kalau dia berkeras.

“Dalam perjalanan balik ke rumah nanti, ustaz talipon”, saya memberikan janji yang tegas kepada Marlia.“Terima kasih ustaz”, jawabnya pula.

Dalam perjalanan balik ke rumah untuk merehatkan diri dari kepenatan mengendalikan program, saya singgah di sebuah restoran untuk minum dan membuat panggilan yang saya janjikan. Setelah mematikan injin kereta di sebuah restoran yang sederhana besarnya, saya terus ke bilik air untuk memutar kepala paip. Malangnya, semasa saya tunduk, talipon tangan saya terjatuh ke dalam lubang tandas. Ini menghalang niat saya untuk membuat panggilan kepada kakak Marlia sebagaimana yang dijanjikan.Saya dan keluarga sampai di Gombak sudah agak lewat malam. Tak manis rasanya utuk menalipon orang yang tidak kita kenal dengan rapat, waktu-waktu sebegitu.

Paginya, setelah mendapatkan telefon baru saya terus membuat panggilan kepada kakak Marlia.“Ini ustaz Hishamuddin”, saya memperkenalkan diri setelah talian panggilan saya diambil oleh pemilik nombor yang saya dail.

“Oh, ustaz. Kenapa ustaz?, taya kakak Marlia sebaik sahaja dia dapat mengecam bahawa saya yang membuat panggilan.

“Marlia mana?” tanya saya.

“Oh…Marlia. Dia dah balik kampong ustaz. Jam 9 tadi dia naik bas ke Melaka.

Bila mendengarkan kenyataan itu, hati saya menjadi benar-benar lega. Saya bimbang, jika Marlia menganggap bahwa saya telah memungkiri janji. Malah lebih saya bimbang jika dia melihat bahawa didikan dan perhatian yang saya berikan kepadanya sebelum hanyalah komersial semata-mata. Lalu spontan saya berkata: “Alhamdulillah…”.

Kakak Marlia merasa hairan dengan `tahmid’ yang saya ucapkan itu, lalu dia bertanya: “Kenapa pula ustaz?”, soalnya.

Saya menjelaskan kepadanya tentang permintaan Marlia dan janji saya kepadanya. Itu, membuatkan dia menceritakan kisah sebenar Marlia yang saya tidak mengetahuinya sebelum ini.

“Sebenarnya ustaz…Marlia tu, sudah enam tahun lari dari kampong. Tak nak balik. Mak dan ayah sudah teramat rindu kepadanya. Tapi dia keras hati. Puas sudah saya pujuk. Puas juga saya menghantar ke program-program tertentu, tetapi saya masih gagal memujuknya untuk pulang ke kampong. Akhirnya, kawan-kawan sekerja saya di Petronas mencadangkan kepada saya menghantar ke program ustaz. Saya pun hantarlah, tanpa meletakkan harapan yang tinggi kerana kegagalan sebelum ini. Sebab itulah saya tak beritahu ustaz pun. Tapi, alhamdulillah…
Balik sahaja dari program ustaz itu, dia minta nak balik kampong. Syukur, ustaz”, ceritanya.

Buat seketika, saya tak berkata apa-apa. Terkejut juga. Namun saya bersyukur kepada Allah, program yang saya ikhtiarkan, kasih sayang yang saya siramkan dan apa yang lebih penting – pertolongan dari Allah swt telah membawa Marlia kepada kedua ibu bapanya semula.

“Syukurlah puan. Tak tahu pula saya. Walaubagaimanapun, alhamdulillah kerana segalanya menjadi baik.”“Terima kasih ustaz”, katanya pula.

“Ya. Sama-sama,” saya menjawab, walaupun kemudiannya saya menyedari bahawa saya bukanlah layak untuk menerima ucapan terima kasih itu.

Selepas itu, selalu juga Marlia menghubungi saya bertanyakan khabar. Tetapi selepas saya bertukar nombor telefon, saya tidak lagi dapat panggilan dari Marlia. Di saat ini, teringin juga saya mengetahui perkembangan dirinya.

Marlia telah membuatkan saya benar-benar yakin bahawa tanggungjawab kita adalah untuk menyayangi dan bukannya membenci…….

Program Ceramah Motivasi Bulanan


Untuk anak-anak berumur:

10 – 15 TAHUN


Oleh :

USTAZ HISHAMUDDIN BIN ABDUL AZIZ


Pada :

AHAD KE 3 SETIAP BULAN


Jam :

9:45 – 11:45 PAGI



Anjuran/ Kendalian:

KASEH TRAINING AND CONSULTANCY C108, Blok C, Apt. Iris, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor D.E.


Bertempat di

Surau Hidayah, Saujana Utama

Yuran :

RM150.00 untuk 10 bulan

(Dari MAC hingga DISEMBER, 2011)


Hubungi:

012-940-5964 (Us. Hishamuddin)

019-615-3415 (Pn. Sharifah)







Bob Lokman & Tok Kenali


Friday, February 11, 2011

Malaysian Mubarak

"Please Egyptions, take away our mubarak too!"